Alhamdulillah sumbangan untuk keluarga arwah adik Muhammad Zaim Hakimi telah disampaikan sebentar tadi oleh Ustaz Dr Hj Ahmad Khilmy bin Abd Rahim. Jumlah kutipan adalah sebanyak RM 2500.
Walaubagaimanapun sumbangan tersebut telah dipulangkan semula kepada pihak sekolah bagi tujuan pembangunan SRITI Darul Aman.
Semoga dengan sumbangan ini menjadi bekal dan pahala yang berterusan untuk semua pihak yang terlibat. Amin, In sya Allah.
Untuk makluman, sumbangan ini akan digunakan bagi pembinaan tempat wudhuk untuk anak- anak SRITIDA dan akan diberikan nama “LAMAN ZAIM”.
Seluruh warga kerja SRITIDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan kutipan ini.