PROSES SANITASI DAN NYAHKUMAN KAWASAN SEKOLAH
07 November 2021, Pihak PASTI AL-AMAL dengan kerjasama Unit Amal Kawasan Kuala Kedah telah melakukan operasi sanitasi secara menyeluruh di sekitar kawasan sekolah bagi membendung penularan wabak covid-19.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit Amal kerana sudi hadir dan membantu proses sanitasi kawasan sekolah.Semoga anak – anak PASTI AL-AMAL bersedia untuk memulakan sesi persekolahan dengan penuh semangat setelah hampir 6 bulan berPdPR di rumah..
[ BERSAMA KITA MENCEGAH COVID 19 ]