Pengajian Al-Quran

PENGENALAN

Pusat Pengajian Al-quran Iqra ini adalah sebuah pusat pengajian islam milik penuh  100% bumiputera. Pusat pengajian ini menjalankan pengajian berunsurkan islamik iaitu pembelajaran al-quran iqra dewasa dan kanak-kanak. Pusat pengajian ini bertempat di Lot rumah kedai Taman Sopiah, Jalan Kuala Kedah bertentangan Masjid Aman.

Pusat pengajian Al-quran Iqra ini telah didaftarkan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 13 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Islam 1988 dengan memakai nombor pendaftaran 06/2010 berkuatkuasa 01 Mac 2010 bersamaan 15 Rabiul Awal  1431 sehingga kini.

Tenaga pengajar yang terdapat di Pusat Pengajian ini terdiri daripada 1 ustaz dan 1 ustazah. Mereka mempunyai kelayakan yang di iktifar oleh Jabatan Agama Islam berdasarkan pensijilan yang telah mereka perolehi. Pelajar dewasa termasuk lelaki dan perempuan berjumlah 50orang lebih samada individu dan berpasangan bagi sesi pagi dan malam. Pelajar kanak-kanak pula lebih kurang 100orang  lebih pelajar setelah di bahagi dua sesi pembelajaran petang dan malam.

VISI

Melahirkan insan yang sentiasa ingin belajar mendalami al-quran bagi benteng diri dan juga agama. Selain itu meningkatkan pengetahuan dalam mendalami isi-isi terjemahan yang terkandung dalam al-quran.

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti pusat pengajian berlandas cintakan al-quran.