Pengenalan SRITI

SRITI adalah sebuah sekolah rendah persendirian islam yang tertubuh sejak 2016. Ia diasaskan dan dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah (JPSR). Sehingga hari ini, hasil pengorbanan ramai rakyat Malaysia, SRITI Malaysia sudah berjaya membuka cawangan di seluruh Malaysia.
Objektif penubuhan SRITI adalah seperti berikut:
  • Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam di peringkat sekolah rendah kepada anak-anak rakyat di Malaysia
  • Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah .
  • Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul.
  • Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam akan datang.
SRITI bukanlah sebuah sekolah berasaskan keuntungan. Ia ditubuh dengan niat untuk melahirkan generasi anak-anak Malaysia yang cemerlang secara syumul merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi seterusnya menjadi seorang murabbi ummah yang professional. SRITIĀ  Darul Aman merupakan salah satu cawangan di bawah SRITI Malaysia.
Bertempat di Lot 58 Batu 2 1/4 ,Jalan Kuala Kedah, SRITI Darul Aman mula beroperasi pada tahun 2018 dengan jumlah murid seramai 96 orang dan 7 orang guru .