Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 30 Ogos 2018 di Pasti Al Amal yang disertai oleh 200 pelajar berumur 4 hingga 6 tahun. Pelajar-pelajar mengibarkan jalur gemilang yang diiringi oleh lagu-lagu kemerdekaan. Sambutan ini diadakan bagi menyerapkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara Malaysia dalam kalangan pelajar.