BERITA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI PERTAMA SRITI DARUL AMAN
Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 30 Ogos 2018 di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam yang disertai oleh 97 pelajar Tahun 1. Pelajar-pelajar mengibarkan jalur gemilang yang diiringi oleh lagu-lagu kemerdekaan. Sambutan ini diadakan bagi menyerapkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara Malaysia dalam kalangan pelajar.




