PERTANDINGAN FANNUL ATFAL
Pertandingan Fannul Atfal telah diadakan pada 25 April 2019 di SRITI Darul Hijrah, Baling. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan ini merupakan kali pertama SRITI Darul Aman menyertainya.
Pertandingan Fannul Atfal telah diadakan pada 25 April 2019 di SRITI Darul Hijrah, Baling. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan ini merupakan kali pertama SRITI Darul Aman menyertainya.
Sukan SRITI peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 3 April 2019 di Padang Awam Naka. SRITI Darulaman telah mendapat johan dalam acara 4x100m perempuan dan acara larian 70m perempuan dan akan mewakili Negeri Kedah dalam acara tersebut di Sukan SRITI Kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan.
Penaziran ..08 April 2019 Membina sebuah organisasi yg mantap serta kuat perlukan tunjuk ajar yg berterusan, perbaiki apa yg kurang utk membina masa depan yg lebih baik,berfikir dgn sempurna, kerana teguran itu ke arah membina organisasi yg cemerlang dan mampu bersaing,Insha Allah … PASTI AMAL KE ARAH PAK 21.
10 April 2019 : Ribuan terima kasih diucapkan pada semua staff jururawat Klinik Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah yang telah menjalankan rutin pemeriksaan kesihatan setiap tahun untuk pelajar PASTI Al-Amal dari segi berat,mata,rambut,tinggi dan cacing.
Telah diadakan pada 23 Februari 2019 di Padang RTM yang disertai oleh pelajar tahun 1 dan 2 serta ibu bapa. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat dari segi jasmani, emosi dan rohani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Empat acara sukaneka dipertandingkan antaranya ialah isi air dalam botol, tiup Read more
Merentas desa SRITI DARUL AMAN telah diadakan pada 21 Februari 2019 di sekitar Taman Anggerik. Disertai oleh semua pelajar tahun 1 dan 2. Bak pepatah arab , “Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat “