SILIBUS UTAMA SRITI

Pasti ibu-ibu dan ayah-ayah ingin tahu apakah yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah. Di sini kami senaraikan silibus utama pembelajaran di SRITI untuk pengetahuan semua.

Kurikulum SRITI merupakan intergrasi daripada empat komponen utama (TQS, KAFFAH, KSSR dan Diniyah) untuk mencapai visi dan misi SRITI. Keempat-empat komponen ini disepadukan untuk menghasilkan kurikulum SRITI–KAFFAH yang memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah selaras dengan Falsafah Pendidikan SRITI (FPS).

Komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum SRITI–KAFFAH adalah seperti berikut;

  • Tahfiz Al-Quran dan As-Sunnah (TQS):
    Komponen pertama di dalam Kurikulum SRITI adalah Kurikulum Tahfiz, Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia mengandungi tiga bahagian iaitu Pra Tahfiz, Al-Quran (tematik) dan Hadis Pilihan Bertema. Ketiga-tiga komponen ini dibahagikan kepada 6 tahap yang berbeza. Tahap-tahap yang ditetapkan adalah bukan mengikut tahun, sebaliknya berdasarkan perkembangan kognitif dan kemampuan murid.
  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR):
    KSSR merupakan kurikulum baharu bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah diguna pakai di semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara. Pada tahun 2017, KSSR semakan digunakan sebagai penambahbaikan kepada KSSR yang diperkenalkan pada tahun 2011.
  • Kurikulum Diniah (KAFA):
    SRITI menggunapakai kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai kurikulum Diniah dengan mengambil kira nilai-nilai KAFFAH. Kurikulum Diniah adalah satu usaha untuk mendidik dan membentuk pelajar yang beragama Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu selaras kehendak al-Quran dan as-Sunnah. Ia memberi peluang kepada murid SRITI untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tahun 5.
  • Kurikulum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (KAFFAH):
    Kurikulum Pendidikan KAFFAH dibangunkan khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Ia bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada kurikulum KSSR dan Diniah yang sedia ada bagi memenuhi keperluan kepada kurikulum berteraskan paradigma tauhid berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Pembangunan kandungan bahan pembelajaran mengambil kira perkembangan individu muslim secara menyeluruh dan seimbang dalam melahirkan insani Rabbani Murabbi.

SUBJEK KSSR

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Ingeris
3) Matematik
4) Bahasa Arab
5) Pendidikan Islam
6) Sains
7) Sejarah
8) R.B.T

SUBJEK KAFFAH
1) Fiqh Syahadah
2) Fiqh Solat
3) Fiqh Toharah
4) Lughatul Quran
5) Bahasa
6) Sains
7) Matematik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *