LAWATAN PENANDA ARAS KE RIZQ ISLAMIC SCHOOL
Lawatan penanda aras ke Rizq Islamic School pada 15 Februari 2019 (Jumaat) disertai oleh warga pendidik serta staf sokongan SRITI Darul Aman serta Pasti Al-Amal . Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai Pdpc Abad ke 21 serta memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru SRITI Darul Aman. Alhamdulillah, Read more
ORIENTASI TAHUN 1 2019
Orientasi pelajar tahun 1 pada 29-30 Disember 2018 seramai 98 orang. selamat datang ke SRITI Darul Aman kepada pelajar tahun 1, didoakan semoga SRITI DARUL AMAN dapat membina generasi rabbani murabbi.in sha ALLAH.
MAJLIS BERKHATAN DI SRITI DARUL AMAN
Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah diadakan di SRITI Darul Aman pada 01 Disember 2018. Seramai 26 orang pelajar telah menyertai program tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih kepada warga SRITI Darul Aman, waris-waris yang turut terlibat sama.
KEM BESTARI SOLAT KE-2
Kem Bestari Solat Kali 2 telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 14hb dan 15hb November 2018 di Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah. Disertai oleh 97 orang pelajar Tahun 1.
ANNUAL DINNER
23 – 24 NOVEMBER 2018 di Pantai Merdeka Resort, Sungai Petani. “Annual dinner” dan “staff retreat” telah diadakan di Pantai Merdeka Resort pada 23-24 November 2018 yang disertai oleh guru-guru, staff SRITI Darul Aman dan Pasti Al-Amal.









